Dah dekat seminggu balik ke sekolah lama (SK Convent Kajang). Dah ramai cikgu2 baru, tak kenal pun. Tapi semua ok, mesra alam macam biasa. Seronok juga bila dapat jumpa member2 lama, banyak sungguh cerita2 panas kat sekolah tu sepanjang setahun saya tak berada di sekolah. Biasalah, kalau dah ramai cikgu2 perempuan, macam2 gosip yang boleh dengar. Sabor je lah..... Dengar je lah, tapi jangan ambil serius sangat. Ntah kan betul, ntah kan tidak.
Hari ni pergi JPN Selangor dengan Guru Besar (Pn.Hjh.Rapichah) , tanya pasal surat posting. Dah dapat surat, dapat posting ke SK Taman Tasik, Ampang. Ingatkan dapat le balik Kedah, rupanya lagi jauh. Tapi dah bagi tau GB supaya tolong kekalkan saya di sekolah lama. Alang2 tak dapat balik Kedah, baik kekal di sekolah lama. Dah buat rayuan di JPN dan PPD Hulu Langat. Kena tunggu lagi lah nampaknya, harap2 dapat la kekal di SK Convent, at least dah kenal cikgu2 kat sana. Senang nak buat keje kalau dapat member2 yang 'ngam' dengan kita. Lagi pun takde orang yang uruskan makmal komputer di sini, setakat nak tolong sikit2 tu boleh lah. Saya bukan pandai sangat. Banyak lagi yang kena belajar, harap2 dapat la contact dengan kawan2 KSPK di IPDA dulu. Dapat juga berkongsi idea, boleh la menambah baikkan lagi keadaan makmal di sekolah saya.
Apa pun, kena lah tunggu surat dari JPN juga. Bukan apa, risau juga, kalau tak dapat sekolah ni. Nak pegi sekolah baru, lagi tak best. Nak biasakan diri dengan suasana baru pulak, dah la sekolah tu tengah2 bandar Ampang, bab sesak takyah cite lah, memang tahap melampau. So, just WAIT AND SEE..... :-)
No comments:
Post a Comment