02 August 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, baru terima surat DGA32 ari ni. Syukur dengan pemberian-Nya di ari baik bulan baik ni, 13 Ramadhan 1433 bersamaan 2 Ogos 2012. Semoga diberkati segala rezeki pemberianNya.

10 April 2012

Satu Titik Permulaan Ke Arah Perubahan Hidup


Dah hampir setahun tak menjengah blog ni gara-gara terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang sudah menjadi rutin harian di sekolah.

Alhamdulillah, tahun ni berpeluang mengikuti satu kursus yang mungkin akan mengubah masa depan aku di kemudian hari. Aku diberi peluang untuk menyertai Kursus P&P Pend.Luar Pusat Kokurikulum Negeri (Jurulatih Asas Siri 1/2012) di Kem Ampang Pecah, Hulu Selangor.

Kalau sebelum ni tugas aku sebagai Guru Data di sekolah lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer, tapi bila dapat peluang mengikuti kursus 'outdoor' macam ni memang jauh beza keadaannya.

Kursus guru data biasanya di hotel, bilik berhawa dingin, makanan yang hebat-hebat, di kelilingi dengan orang yang berpewatakan 'skema', cara pergaulan yang formal, dll yang memang bukan cara hidup kegemaran aku. Tapi bila buat kursus yang melibatkan aktiviti luar macam ni, peserta perlu pasang khemah, mandi air kolah, terjun lombong&sungai, tidur dalam khemah, menjalani pelbagai aktiviti lasak dan aktiviti kumpulan, dll. Memang penat tapi sangat banyak ilmu baru yang aku pelajari daripada kawan-kawan yang kebanyakannya mempunyai 'background' dalam Pend.Luar. Seronok sangat sebabnya langsung tak ada orang nak mendesak minta itu ini, tak ada 'dateline' nak kejar, tak perlu membebel kat murid dalam kelas, memang hilang 'stress'. Fasilitator yang banyak pengalamannya tak lokek untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan kami semua.

Kursus Siri 2 nanti bakal melibatkan pelbagai lagi aktiviti yang lebih mencabar. Semoga aku diberi peluang sekali lagi untuk hadir kursus tersebut di Bagan Lalang, Sepang pada hujung bulan April 2012. :-)

17 July 2011

Dugaan & Cabaran 2011

Tahun yang penuh dugaan bila mana dapat mengalami sendiri pengalaman kawan makan kawan. Sungguh tak menyangka perkara ini akan berlaku dalam hidup aku sedangkan aku cuba berbaik sangka pada semua orang. Betullah cakap sesetengah orang, "KEED YOUR FRIEND CLOSE, KEEP YOUR ENEMY CLOSER"...

Walaupun sangat sedih dengan apa yang berlaku, tetapi cuba nak lupakan peristiwa ni dan taknak bermasam muka dengan sapa2 pun. Moga hamba Allah yang melakukan perkara itu akan memperoleh kesedaran dan diberi keampunan oleh-Nya. Apa pun aku nak berterima kasih pada orang tu sebab sedikit sebanyak mengajar aku erti kehidupan sebenar dan menjadikan aku orang yang lebih berhati2 dalam memilih kawan.

Moga Allah akan mempermudahkan segala urusanku selepas ni, insyaAllah.. amiiiiin...

22 July 2009

KDP 14 Minggu Pra Sarjana Muda Pengajaran

Alhamdulillah, baru-baru ini aku baru shj mendapat tawaran utk sambung belajar.
Setelah beberapa kali aku memohon tahun2 sebelum ini, tahun ni baru ada rezeki.

Aku mendaftar di IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi pada 29 Jun 2009.
Kini sudah masuk minggu ke-4 aku di sana. Tinggal lagi 2 minggu sebelum Mid-Sem Exam bulan Ogos nanti.
Aku berada dalam kelas 1.04 yang diketuai oleh Ustaz Hanizad bersama Penolong nya, Pn.Norazila. Kami seramai 27org dlm kelas tersebut. Semua ahli memang sangat baik dan sentiasa tolong-menolong di antara satu sama lain. Aku bersyukur kerana ditempatkan dalam kumpulan ini.
Walau pun berbeza dari segi umur, itu bukan menjadi penghalang utk kami saling bekerjasama dalam menjalani kursus selama 3 bulan ini.

Tugasan juga telah diberi oleh OUM. Ada 7 tugasan mengikut subjek yang telah ditetapkan. Sekarang semua peserta kursus bertungkus-lumus mencari bahan utk setiap tugasan yg diberikan kepada kami. Harap2 semua tugasan tersebut akan dapat disiapkan dan dihantar pada tarikh yg telah ditetapkan iaitu sebelum atau pada 5 September 2009.

Apa pun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Ambilan Jun 2009 (Kohot 7) kerana ini adalah kohot terakhir dan kita adalah insan2 terpilih yang diberi peluang keemasan ini. Oleh itu berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan cemerlang dan seterusnya dapat memartabatkan profesion perguruan di peringkat yang lebih tinggi.

SELAMAT MAJU JAYA & TERUSKAN PERJUANGAN

- GURU PEMBINA NEGARA BANGSA -

07 June 2009

Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat


Tetamu
sedang menjamu selera.


Antara kawan-kawan yang hadir.



Ustazah Hamzani tengah posing dgn anakandanya. :-)



Kemeriahan majlis.

Teratak Ku



Syukur Alhamdulillah!

Salam Hormat.

Dah lama tak mencurah perjalanan hidup di sini. Agak sibuk kebelakangan ni dengan tugas-tugas di sekolah.

Tak banyak yang nak diperkatakan, cuma ingin meluahkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dengan nikmat kurnian-Nya padaku selama ini.
Tahun ini boleh lah ku katakan sebagai tahun rezeki yang melimpah ruah.

Perkara pertama yang memberi makna cukup mendalam dalam hidupku ialah aku telah dapat memiliki sebuah rumah. Walau pun tidaklah sehebat mana, tapi cukup untuk aku berteduh dari hujan dan panas di tempat orang.
Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan pada Pakcik Ibrahim, K.Ida Zai, Ijad, K.Ana, K.Ilah, Haizam, K.Raja, K.Zah, Pn.Siti serta kawan2 yg tak putus2 memberi bantuan padaku sepanjang proses mengubahsuai sehinggalah siap sepenuhnya teratak kecil ku di Kajang.
Sekarang sudah masuk bulan kedua aku menetap di teratak kecilku, alhamdulillah, jiranku juga sangat peramah, En.Azman dan Kak Lin. Aku cukup terhibur dengan keletah anak2 mereka sehinggakan kadang2 aku merasa seperti melihat anak buah ku sendiri. Sekurang2nya terubat jugak rasa rindu pada anak kakak ku di kampung.

Setelah siap rumahku, aku menerima pula keputusan peperiksaan PTK yang aku duduki pada bulan Mac 2009 yang lalu, alhamdulillah, aku telah pun lulus dgn keputusan IV kedua2 kertas.
Itu pun setelah 6 tahun mengulang, mulanya putus asa juga sebab asyik tak lulus setiap tahun. Tapi berkat sokongan kawan2 dan juga GB yg sentiasa memberi dorongan supaya semua staf yang tak berjaya mencuba lagi, akhirnya termakbul juga doa pada tahun ni. Sekarang aku dalam proses memohon Kursus BTN bagi membolehkan pergerakan gaji yang baru dibuat oleh kerani.
InsyaAllah, mungkin selepas cuti sekolah nanti akan dapat keputusannya.

Sebelum aku pulang ke kampung pada cuti sekolah penghujung Mei 2009 baru2 ini, Guru Besar, Pn.Hjh.Rapichah telah memanggil aku bersama dengan 3 orang lagi sahabat aku, Pn.Azura, Onney dan Saidah. Rasa seram sejuk jugak kami bila kena panggil dengan bos macam tu, ingatkan nak kene marah ke, apa ke. Sebab biasaya kalau kene panggil dengan big bos, mesti ada kes berat punya.
Rupa-rupanya sangkaan kami meleset sama sekali, daripada perasaan takut, terus bertukar jadi gembira. Kami dipanggil sebab GB nak serahkan surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 (APC) pada kami. Syukur alhamdulillah, satu lagi rezeki yang Allah berikan pada aku tahun ni.

Buat masa ni aku tengah menunggu keputusan permohonan ku untuk sambung belajar melalui KDP 14 Minggu yang aku mohon pada bulan April yang lalu. Keputusannya aku akan ketahui selepas cuti pertengahan tahun ini iaitu pada 15 Jun 2009. Aku amat berharap aku akan dapat melanjutkan pelajaran ku ke peringkat yang lebih tinggi. Bukan apa, kadang2 segan juga dengan kawan2 yang lain yang dah pun mempunyai ijazah. Tak kurang juga yang sedang menyambung pengajian mereka sekarang ni. Kalau ada rezeki aku, insyaAllah.

Walau pun banyak berita gembira yang aku terima dalam tahun ni, tapi ada 1 berita yang agak menyentuh hati. Salah seorang dari sahabat di tempat aku mengajar, Pn.Azizah bakal berpindah ke Kelantan. Dia telah pun berkhidmat di sini selama 9 tahun. Dah rasa macam kakak sendiri. Tapi apa kan daya, dia mengikut suaminya yang telah berpindah ke Machang,Kelantan. Kesian juga bila dia terpaksa menguruskan anak2nya di sini sendirian, sebab tu dia terpaksa memohon untuk berpindah mengikut suaminya. Apa pun, kami di Convent sentiasa mendoakan semoga Kak Zah akan sentiasa bahagia dan diberkati Allah walau di mana jua berada.
Selamat Bertugas Di tempat Baru.
Semoga persahabatan yang terjalin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

17 November 2008

Kecemerlangan Convent 2008 !

Salam Hormat.

Cuti sekolah baru saja bermula. Sebelum sekolah melabuhkan tirai bagi tahun 2008 ini, kami warga SK Convent Kajang telah mendapat berita yang amat menggembirakan.
Keputusan UPSR 2008 amat membanggakan dengan mencapai keputusan lulus 100% dalam semua subjek. Bilangan murid yang mendapat 5A juga meningkat kepada 70 orang.

Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Convent Kajang. Berkat usaha dan kerjasama semua pihak, kita dapat mencapai kejayaan yang cemerlang ini. Harap dapat mengekalkan kejayaan seperti ini pada masa akan datang.

Convent Is The Best !

04 November 2008

Belum Rezeki

Salam Hormat.

Hari ni dah dapat keputusan PGSR, masih belum ada rezeki nampaknya untuk sambung belajar. Gagal lagi kali ni. Tak tau lah, kadang2 'give up' juga bila apa yang kita mahukan tak kesampaian.
Mungkin belum masanya, Allah tu Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata atau pun tersembunyi. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita sebagai hamba yg serba kekurangan ni patutnya bersyukur dgn apa yang ada. Hari ni aku tak dapat sambung belajar, tp alhamdulillah, aku bakal memiliki sebuah rumah tak lama lagi. Walau pun tidak lah sebesar dan sehebat mana, cukup untuk aku berteduh dari panas dan hujan. Syukur alhamdulillah.
Walau pun aku merantau di tempat orang, alhamdulillah aku telah ditemukan dengan insan2 yang sangat tinggi dan murni hati budinya. Banyak membantu aku tak kira dalam apa jua keadaan pun. Tak terbalas rasanya budi mereka tu. Hanya Allah yg dapat membalas budi baik mereka sekeluarga. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn.Nurlidar Zai sekeluarga. :-)
Lagi 2 minggu cuti sekolah akan tiba, harap2 urusan pembelian rumahku akan berjalan lancar dan selesai sebelum aku balik ke kampung. Minggu ni sibuk dengan urusan di sekolah bersama rakan2 seperjuangan. Walau macam mana sibuk pun, kami tetap sempat bergurau antara satu sama lain. Dapat juga hilangkan rasa 'tension' bila bergurau sesama kami. Yang penting, keakraban dengan kalian semua tak akan dapat dicari ganti.

-CONVENT 4 EVER-