28 June 2006

Minggu Terakhir Di Maktab

Minggu ni minggu akhir di maktab, sempat la berjumpa kawan2 seperjuangan. Lepas ni masing2 bawa haluan sendiri, tak tau la bila pulak dapat jumpa. Tapi sekarang ni semua dalam dilema sebab tak tau lagi posting kat mana, ada yang kata kena balik ke sekolah lama. Ada pulak cerita kena daftar di JPN. Macam2 versi yang kami dengar, tak tau la nak percaya yang mana satu. Sabar je lah...
Pening kepala bila memikirkan hal ni, naik tension jadinya. Malas nak fikir dah, kami semua dah sepakat, balik ke sekolah lama dulu sambil tunggu surat posting. Nasib la sapa yang sekolahnya jauh@luar daripada Kedah, buatnya dapat posting ke sekolah yang dekat, tak pasal2 nak kena balik pulak. Memang menyusahkan betul la 'depa' ni.
Tak tau lah apa nasib rakan KSPK di maktab lain, kami di IPDA sekarang ni dah jadi kelam-kabut. Last2 kami buat jamuan perpisahan dulu, kalau nak fikirkan pasal posting ni, satu kerja pun tak jadi. Ok lah, KITA MINUM DULU........

Insyaallah, ada umur panjang kita jumpa lagi. Kepada semua rakan2 KSPK IPDA Ambilan Julai 2005, semoga kalian semua berbahagia dunia akhirat. Maafkan kesalahan saya kiranya sepanjang kita bersama ada saya terkasar bahasa atau mengguris hati kalian. Halalkan segala makan minum saya. Moga kita berjumpa lagi di lain hari, waktu dan ketika. Wassalam....

KSPK IPDA Julai 2005 Dalam Kenangan

No comments: