29 June 2006

Hari Terakhir Di IPDA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera........

Hari ni merupakan hari terakhir kami (KSPK) di IPDA. Hari ni juga, beberapa orang rakan seperjuangan yang kurang bernasib baik akan menduduki peperiksaan ulangan paper OSK. Good LUCK untuk mereka, semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh kejayaan. Doa rakan2 sentiasa mengiringi kalian.
Jamuan perpisahan juga diadakan pada hari ini, harap2 semua dapat hadir hari ni. Nak minta maaf banyak2 pada semua sebelum masing2 membawa haluan ke destinasi seterusnya. Menyambung semula perjuangan kami dalam profesian perguruan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan 'CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG'. Insyaallah....
Saya kena balik semula ke Kajang (SK. Convent) untuk kembali bertugas. Tak tau lah sama ada akan kekal di sekolah tu atau dapat posting ke sekolah baru. Memang susah hati bila jadi macam ni, macam 'layang2 putus tali'. Tak tau ke mana arah tujuan, kejap kena tolak sana, kejap kena tolak sini. Terpaksalah kami bersabar menghadapi dugaan ni. Dah nasib badan, nak buat macam mana. Habuan masing-masing.....
Apa pun selamat menjalankan tugas kepada semua rakan2 KSPK Ambilan Julai 2005. aku masih bujang n akan tamatkannya dalam masa yg terdekat ini. heheheheh dengan messi sokonglah argentina untuk sukan malaysia

28 June 2006

Minggu Terakhir Di Maktab

Minggu ni minggu akhir di maktab, sempat la berjumpa kawan2 seperjuangan. Lepas ni masing2 bawa haluan sendiri, tak tau la bila pulak dapat jumpa. Tapi sekarang ni semua dalam dilema sebab tak tau lagi posting kat mana, ada yang kata kena balik ke sekolah lama. Ada pulak cerita kena daftar di JPN. Macam2 versi yang kami dengar, tak tau la nak percaya yang mana satu. Sabar je lah...
Pening kepala bila memikirkan hal ni, naik tension jadinya. Malas nak fikir dah, kami semua dah sepakat, balik ke sekolah lama dulu sambil tunggu surat posting. Nasib la sapa yang sekolahnya jauh@luar daripada Kedah, buatnya dapat posting ke sekolah yang dekat, tak pasal2 nak kena balik pulak. Memang menyusahkan betul la 'depa' ni.
Tak tau lah apa nasib rakan KSPK di maktab lain, kami di IPDA sekarang ni dah jadi kelam-kabut. Last2 kami buat jamuan perpisahan dulu, kalau nak fikirkan pasal posting ni, satu kerja pun tak jadi. Ok lah, KITA MINUM DULU........

Insyaallah, ada umur panjang kita jumpa lagi. Kepada semua rakan2 KSPK IPDA Ambilan Julai 2005, semoga kalian semua berbahagia dunia akhirat. Maafkan kesalahan saya kiranya sepanjang kita bersama ada saya terkasar bahasa atau mengguris hati kalian. Halalkan segala makan minum saya. Moga kita berjumpa lagi di lain hari, waktu dan ketika. Wassalam....

KSPK IPDA Julai 2005 Dalam Kenangan

22 June 2006

Praktikum Dah TAMAT!!!!!!!!!!!!!

Hari ni last day praktikum di Sek.Keb.Jitra 3, walau pun rasa lega tap ada juga rasa sedih nak tinggalkan sekolah ni. Bukan apa, hubungan dengan cikgu2 dan warga SKJ3 makin rapat. Dah kenal cara dan budaya kerja di sini, memang seronok ada pihak pentadbir macam di Sk Jitra 3 ni. Guru Besar dan semua GPK sentiasa bertolak-ansur dengan cikgu2, kita buat kerja pun tak la rasa tertekan. Happy Go LUCKY memanjang, tambahan pulak dapat penyelaras macam Pn.Rafiza Radzi. Senyum memanjang kejenye, walau pun keje banyak nak kena buat. Tak pernah nak merungut, patut le jadi orang harapan kat sekolah. Bertuah le kalau semua cikgu ada sikap macam tu....
Lepas ni kena pergi maktab macam biasa,ada lagi seminggu. Lepas tu tunggu posting pulak, tak tau la nak dapat sekolah mana pulak. Harap2 dapat la jumpa lagi dengan kawan2 yang lain... Selamaaaaaaaaaaaat...

14 June 2006

OBSERVATION

Hari ni lecturer(Tn.Rosdan) dah observe untuk kali pertama. Banyak benda yang kena komen. Kebetulan pulak kelas mula agak lewat sebab murid ada perhimpunan pagi. Habis berterabur perancangan P&P. Apa lagi, kena 'ceramah perdana' la dengan lecturer. Siap suruh buat modul untuk setiap murid, next week dia nak mai pulak. Memang kes naya betul la...... :-(
Tapi nak buat macam mana, kena lah ikut juga. Banyak juga yang dia bagi tunjuk ajar kali ni. Harap2 dapat la perbaiki semua kelemahan tu untuk observe kali ke-2 nanti. Terutamanya dari segi strategi P&P, penulisan objektif, cara memberi penerangan tentang konsep, bahan 'hand-out' utk murid, soalan pemulihan & pengukuhan, dan juga membuat rumusan di akhir P&P.
Memang banyak sgh, jenuh la lepas ni. Nak tengok 'World Cup' pun tak senang ati selagi tak habis observe. Sabor je lah.....

'USAHA TANGGA KEJAYAAN'
'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'.

11 June 2006

Kembali Ke Sekolah

Cuti dah habis, sesi persekolahan bermula lagi. Macam biasa, banyak keje nak kena selesaikan. Kami di SK Jitra 3 sibuk dengan markah Mid Year Test. Semua markah nak kena submit pada guru kelas minggu ni. Alhamdulillah, semua paper dah habis tanda. Cuma tinggal 2,3 orang murid yang tak hadir masa peperiksaan ari tu ja yang belum selesai lagi. Minggu ni mungkin dapat habiskan semua.
Selain daripada tu, kami sibuk dengan persediaan untuk di observe oleh lecturer. Praktikum tinggal 2 minggu ja lagi, mgkin minggu ni lecturer akan datang. Baik prepair awal2.