17 November 2008

Kecemerlangan Convent 2008 !

Salam Hormat.

Cuti sekolah baru saja bermula. Sebelum sekolah melabuhkan tirai bagi tahun 2008 ini, kami warga SK Convent Kajang telah mendapat berita yang amat menggembirakan.
Keputusan UPSR 2008 amat membanggakan dengan mencapai keputusan lulus 100% dalam semua subjek. Bilangan murid yang mendapat 5A juga meningkat kepada 70 orang.

Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Convent Kajang. Berkat usaha dan kerjasama semua pihak, kita dapat mencapai kejayaan yang cemerlang ini. Harap dapat mengekalkan kejayaan seperti ini pada masa akan datang.

Convent Is The Best !

04 November 2008

Belum Rezeki

Salam Hormat.

Hari ni dah dapat keputusan PGSR, masih belum ada rezeki nampaknya untuk sambung belajar. Gagal lagi kali ni. Tak tau lah, kadang2 'give up' juga bila apa yang kita mahukan tak kesampaian.
Mungkin belum masanya, Allah tu Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata atau pun tersembunyi. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita sebagai hamba yg serba kekurangan ni patutnya bersyukur dgn apa yang ada. Hari ni aku tak dapat sambung belajar, tp alhamdulillah, aku bakal memiliki sebuah rumah tak lama lagi. Walau pun tidak lah sebesar dan sehebat mana, cukup untuk aku berteduh dari panas dan hujan. Syukur alhamdulillah.
Walau pun aku merantau di tempat orang, alhamdulillah aku telah ditemukan dengan insan2 yang sangat tinggi dan murni hati budinya. Banyak membantu aku tak kira dalam apa jua keadaan pun. Tak terbalas rasanya budi mereka tu. Hanya Allah yg dapat membalas budi baik mereka sekeluarga. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn.Nurlidar Zai sekeluarga. :-)
Lagi 2 minggu cuti sekolah akan tiba, harap2 urusan pembelian rumahku akan berjalan lancar dan selesai sebelum aku balik ke kampung. Minggu ni sibuk dengan urusan di sekolah bersama rakan2 seperjuangan. Walau macam mana sibuk pun, kami tetap sempat bergurau antara satu sama lain. Dapat juga hilangkan rasa 'tension' bila bergurau sesama kami. Yang penting, keakraban dengan kalian semua tak akan dapat dicari ganti.

-CONVENT 4 EVER-

18 October 2008

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Salam Sejahtera.

Selamat bertemu kembali. Tak banyak perubahan di Convent buat masa ni.
Cuma kami baru saja menerima seorang Pen.Kanan Petang yang baru untuk menggantikan
P.Hjh.Noraini yang telah bersara baru-baru ni.
Nampak ceria dan ramah orangnya, rajin buat 'lawatan sosial' sekeliling sekolah, maklum lah baru nak kenal dengan persekitaran baru. :-)
Beliau tak lain tak bukan Pn.Siti Anoya bt. Ayob, sebelum ni bertugas di PPDHL.
Alhamdulillah, kami bersyukur dengan kehadirannya.
InsyaAllah, kami berharap pengurusan sesi petang kembali terurus dengan baik selepas ni.
Dah lama kami nantikan, akhirnya dapat juga.

Memang betul kata pepatah, "Patah Tumbuh, Hilang Berganti".

Selamat Bertugas buat Pn.Siti Anoya dari kami warga SK Convent Kajang.

05 August 2008

'Ahli Mesyuarat Tingkap Convent 2008'

K.Susana a.k.a K.Ana

Ni lah orangnya yg jd 'YDP Pertubuhan Ahli Mesyuarat Tingkap' Menang jawatan tanpa bertanding tu. Kalau takde dia confirm semua meeting ditangguhkan. Sangat peramah dan baik hati orangnya. Kalau takde dia dlm bilik guru tu, rasa sunyi sangat.
Long Live Pn.Susana!



K.Ilah a.k.a YDP2

Yang special nya pertubuhan ni, ada 2 orang YDP. Bukan gila kuasa,
tp untuk backup sebenarnye. Kalau yg atas nun takde, yg ni lah penggantinya.
Jd tak le tertangguh sesuatu meeting tu.
Beliau ni serba boleh, doktor, majistret, lawyer, consultant, sebut jer, semua keje boleh buat.
Selain tu dia jugak seorang ahli perniagaan yg berjaya.
Successful Bisneswoman!



Haizam a.k.a S/U Kehormat

Yg ni pulak S/U nya, maintain cun. He.. He... He... (dah jumpe gambor yg pakai lipstik) Asal ada perjumpaan, tak pernah lekang dengan buku log nya. S/U lah katakan, ada je benda yang nak dicatat. Selain tu dia jugak KP PJK kat sekolah, mmg cergas dan cerdas orangnya. MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!


Isma

Salah sorang sahabat baik sy. AJK jugak ni.
Tp selalu tak dapat hadir perjumpaan sebab kekangan masa.
Orangnya cukup komited dengan tugas. Busy memanjang.


Pn.Azizah


Ni lagi sorang AJK Ahli Msyrat Tingkap.
Kira Penasihat ler, orang dah lebih dulu makan garam.
Tak pernah jemu menasihati kami ahli-ahli yg baru setahun jagung.
Yang sedihnya, dia akan memohon pertukaran hujung tahun ni.
Bukan keciwa atau tak gumbira dengan sekolah ni, tp sebab mengikut suami tersayang yang telah dapat berpindah ke Kelantan.
Dirimu Akan Tetap Dalam Ingatan Kami Selamanya!


Baskoheng a.k.a Tukang Tulis

Aku le ni. He.. he.. he...
AJK biasa jer.
Boleh dikatakan semua meeting hadir, almaklum le ms free banyak.
Kebanyakan ms free dihabiskan di depan komputer.
Bukan apa, senang nak buat liputan tentang mesyuarat.
Boleh terus upload je. Untuk kemudahan kawan2 mendapat latest news.
Aku Hanya Insan Biasa!


P/s: Bagi ahli2 Mesyuarat Tingkap yg belum terpapar di sini, jangan kecik ati.
Maklumat anda bakal menyusul kemudian, bukan apa, tengah mencari gambar yg belum ditemui. Kalau ada tu, sila le bagi pada sy untuk dikemaskini. TQ


Sekadar untuk bersantai. Jangan terasa yek.

27 July 2008

Selamat Bersua Kembali!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama menyepi selepas posting KSPK 2006. Pasti semua sibuk dengan urusan di sekolah masing-masing.
Tahun ni telah dilantik sebagai guru data. Makin bertambah tanggungjawab di sekolah. Harap dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya.
Sekolah (
SK Convent Kajang) macam biasa, tetap maintain dengan kesibukan harian dipimpin oleh Pn.Hjh.Rapichah, GB yang sentiasa mementingkan peningkatan prestasi sekolah. Alhamdulillah,dengan kerjasama rakan seperjuangan kami dapat mengekalkan prestasi Convent. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Convent Kajang yang tak pernah jemu menyumbangkan bakti untuk sekolah. InsyaAllah, moga UPSR 2008 terus dapat menaikkan nama Convent. Semoga Berjaya untuk semua murid Tahun 6 SK Convent Kajang 2008. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua.

GOOD LUCK!