Hari ni last day sesi persekolahan penggal pertama. Esok sekolah dah mula bercuti selama 2 minggu. Sempat la merehatkan diri buat sementara waktu, walau pun banyak kerja nak disiapkan sepanjang cuti ni. Seronok juga dapat balik kampung, dah dekat 2 bulan tak balik. Semalam kereta baru ja siap cat baru, bekas eksiden tahun lepas. Melayang RM150, macam ni lah kalau dah ada kenderaan, ada pun susah, kalau tak ada lagi le susah... :-p
Lepas cuti ni ada lagi 2 minggu untuk habiskan praktikum. Berkemungkinan besar lecturer akan observe pada minggu tu, sebab maktab cuti 3 minggu. Mungkin minggu last baru lecturer boleh mai ke sekolah. Tak kisah le, kalau tak mai langsung lg bagus, tak payah susah2 nak pening kepala buat lesson plan. Lepas habis praktikum, ada lagi seminggu sebelum tamat KSPK kat IPDA. Dapat la jumpa rakan2 seperjuangan buat kali terakhir sebelum masing-masing kena posting ke sekolah baru. Lepas ni tak tau la bila lagi dapat jumpa dengan sahabat2 yang sentiasa Happy Go LUCKY ni.......
Semoga persahabatan yang terjalin sepanjang mengikuti KSPK di IPDA akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah ............. :-)
25 May 2006
24 May 2006
Mid-Year Exam 2006(SKJ3)
Minggu ni peperiksaan pertengahan tahun dijalankan di sekolah SKJ3. Banyak juga kerja kena buat, antaranya bantu penyelaras buat soalan, klip soalan dan lepas ni sibuk nak tanda kertas jawapan pulak. 7 kelas semuanya, 1 kelas lebih kurang 40 orang student. 40x7=280 orang. Jenuh le cuti ni, tak dapat le nak 'bergumbira' sebab kena siapkan keje. Macam ni lah suasana kat sekolah, tu baru praktikum. Bulan Julai ni dah posting, lagi la bertimbun-timbun kerja yang menanti di sekolah.
Begitulah perjalanan hidup seorang guru.... selagi tak pencen, 24 jam kena bagi komitmen pada tugas. Moga segala usaha kita dalam mendidik anak bangsa beroleh keberkatan demi melahirkan insan yang "CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG". Insyaallah... :-)

18 May 2006
SAMBUTAN HARI GURU
SELASA
16 MEI 2006
Sambutan Hari Guru di SK.Jitra 3 berjalan lancar. Tetap meriah walau pun dilanda hujan lebat. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Diikuti dengan bacaan ikrar Hari Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Yang kelakarnya, masa bacaan Ikrar, cikgu yang mengetuai bacaan ikrar, Cikgu Ku Iskandar tersalah baca lagu Guru Malaysia, kami semua ikut dia baca dan tak sedar pun yang dia tersilap. Bila dah sampai 2 perenggan, baru le perasan. Apa lagi, habis semua tergelak besar atas pentas. Memalukan sgh.... :- p
Semua cikgu memang sporting habis, termasuk la dengan Guru Besar, En. Zulkeflee dan GPK2 yang lain, En.Abd.Rahman, En.Jamaluddin dan En. Aminuddin Baki. Semua joint lawan bola sepak dengan murid. Teruk pasukan cikgu2 kena belasah dengan budak, kalau tak silap lebih dari 5 gol. Apa nak di kata..... Acara lain yang dijalankan termasuklah baling belon berisi air, tiup belon sampai pecah, isi air dalam botol, dll.
Selepas permainan, semua berkumpul di dewan dan menyaksikan persembahan dari murid2. Ada tarian, gendang peribumi, lakonan.... memang meriah sgh. Walau pun tahun ni tak dapat hadiah dari murid, tapi hati tetap happy dapat sambut Hari Guru 2006 di negeri sendiri (Kedah Darulaman).
Pukul 1 pm, jamuan untuk guru2 diadakan di dewan. Makanan pun memang sedap, cuma yang tak berapa nak best, pinggan pulak tak cukup.... terpaksa pi tolong makcik basuk pinggan kat tandas, baru le dapat pinggan untuk makan nasi. Sabor je lah..... Selain tu, pertukaran hadiah di antara guru2 dijalankan serentak semasa majlis jamuan makan tengah hari di adakan... Majlis tamat lebih kurang pukul 2pm.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Jitra 3 yang sudi meraikan Hari Guru bersama-sama kami, guru2 praktikum KSPK IPDA 05/06.

14 May 2006
Lawatan Pertama Lecturer
Khamis- 11 Mei 2006
Tn. Rosdan dah mai buat lawatan sosial. Mcm2 yang dia bagi tau, terutamanya berkaitan dengan penulisan Ran.Pengajaran Harian. Dia suruh download Huraian Sukatan ICT bg sekolah rendah dari laman web PPK.
Macam2 jg la yang ditegurnya. Dia bg tau nak mai lagi next week. Kena la buat preparation nampaknya, rajin sgh Tn.Rosdan.
Harap2 semua berjalan dengan lancar. Tinggal lagi 4 minggu praktikum.Kebettulan 16 Mei ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Saya, K'sal dan K'niza terlibat dengan Buku Program bersama dengan pnyelaras kami, Pn.Rafiza. Harap2 dapat disiapkan on time....
'BERKIHDMAT UNTUK NEGARA',
'KAMI YANG MENURUT PERINTAH'... ;-)

11 May 2006
Karenah Tahun 1
Hari ni ada sorang murid tahun 1 dalam kelas Salmiza terkencing dalam seluar masa belajar komputer. Macam2 hal dengan tahun 1 ni, apa yang dia takut sangat tak tau la, sampai tak berani nak bagi tau kat cikgu nak pi tandas...
Nasib baik la Cikgu Salmiza kita tu penyabar orangnya... semoga dapat la kita semua mencontohi sikap dia yang penyabar tu.. :-)
10 May 2006
MUET
Semalam menghadiri ujian SPEAKING MUET, dapat topik senang tapi d sebabkan panik yang terlampau, habis semua idea masa nak bercakap. Jadi gagap dengan tiba2............
Kebetulan masa group discussion dapat dengan 2 orang budak Politeknik & sorang cikgu. Lebih kurang sama ja semua, tersekat2 masa speaking. Tak tau la boleh dapat band apa...
Kepada kawan2 yang ambil MUET tahun ni, diharap dapat lulus dengan cemerlang...
terutamanya kepada KSPK TMK Ambilan Julai 2005 (IPDA).
09 May 2006
PRAKTIKUM
Dah masuk minggu kedua, tapi lecturer tak mai lagi pun.Tak tau la nasib kawan2 yang lain, tak dengar khabar berita pun.
Harap2 semua ok le...
Seronok juga praktikum d SK Jitra 3. Cikgu2 pun ok. Cuma letih la sikit sebab dah lama tak mengajar kanak2 ribena. Mcm nak keluar anak tekak mula2 tu dok menjerit dalam makmal... sabor je le....
Subscribe to:
Posts (Atom)